RPH



Rancangan pengajaran harian
Tarikh              : 15 Oktober 2012
Hari                  : Isnin
Masa                : 9:00 – 9:30 pagi
Kelas               : 5 Jati
Unit                  : 1
Tema                : Kekeluargaan
Tajuk               : Rumahku Syurgaku
Kemahiran        : Fokus Utama              : 1.1 Aras 1 (i)
Menggunakan kata panggilan yang
sesuai mengikut situasi dalam perbualan.
                                       Fokus sampingan       : 8.1 Aras 1 (i)
                                                                        Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.
Objektif            : Pada akhir pengajaran murid-murid dapat;
1)menggunakan kata panggilan yang sesuai
mengikut situasi dalam perbualan
                                                 2)menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat
Sistem bahasa   : Tatabahasa    
                          Kosa kata      - pulih
                                                - salasilah
                                                - sulung
Pengisian kurikulum      : Ilmu    - Pendidikan Moral
                                      Nilai   - menghormati
Kemahiran bernilai tambah
Kemahiran berfikir  - membuat kaitan dan perhubungan
                                 dan   merumus
                                    Belajar cara belajar - Menilai
Kecedasan pelbagai      - interpersonal
                                    -verbal linguistik           

Tajuk
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan/media/ Bahan-bantu mengajar
1
 Set nduksi ( 5 minit )
1.Murid–murid meneka gambar rumah yang dipaparkan.
2.Guru memaparkan gambar keluarga dihadapan dan murid-murid diminta menekanya.
3.Murid-murid menyatakan kata panggilan yang terdapat dalam keluarga asas dan keluarga kembangan bedasarkan pengetahuan mereka.


Gambar rumah

Gambar keluarga asas dan keluarga kembangan.

Langkah 2 (10 minit )
1.Secara berkumpulan, murid-murid    melakonkan dialog yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2.Murid-murid membincangkan kata panggilan yang terdapat dalam dalam dialog.


Dialog

Langkah 3 ( 10 minit )
1. Guru mencatat semula kata panggilan yang terdapat dalam dialog di papan putih.
2.Murid-murid membina ayat dengan menggunakan kata panggilan yang terdapat dalam dialog di papan putih.
3. Guru berbincang dengan murid-murid mengenai ayat yang dihasilkan serta memurnikan semula ayat yang telah dibuat.
4. Murid-murid menyalin semula ayat yang telah dimurnikan di dalam buku latihan.

Kad yang mengandungi kata panggilan

Penutup ( 5 minit )
1.Seorang murid dipanggil ke hadapan untuk merumus isi pelajaran yang telah dipelajari.
2.Guru menerapkan nilai-nilai murrni kepada murid-murid.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan