Latihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN MENULIS
Latihan Tahun 6

http://youtu.be/fEJDN_ygMFk

1. Dengar dan tulis semula lirik lagu "Tiada Kata Secantik Bahasa"
2. Bina ulasan berdasarkan lagu tersebut.

Latihan Tahun 5

http://youtu.be/BPMCz6MotN8

1. Dengar dan tulis semula lagu "Joget Malaysia"
2.  Bina ulasan berdasarkan lagu tersebut.

Latihan Tahun 4
http://youtu.be/0CuZ9N8aqy8

1. Dengar dan tulis semula lagu "Engkau Laksana Bulan"
2. Senaraikan perkataan yang sukar difahami  berdasarkan lagu tersebut.


SOALAN TATABAHASA

A. Pilih kata nama yang paling sesuai.
1. Encik Lee mengupah ___________ untuk membelanya di mahkamah.
            A arkitek
            B perisik
            C peguam
            D doktor
2. Pak Abdullah menggunakan _________ untuk melicinkan papan itu.
            A tukul
            B pisau
            C ketam
            D kapak
3. __________ ialah gunung yang tertinggi di Malaysia.
            A Gunung Tahan
            B Gunung Kinabalu
            C Gunung Ledang
            D Gunung Korbu

4. Aini membeli dua sikat ________ dari gerai itu.
            A anggur
            B durian
            C petai
            D pisang
5. Apakah ________ kamu tentang hal yang dibincangkan itu?
            A sokongan
            B pandangan
            C pesanan
            D cadangan
6. Anak katak yang diberi nama ________ tidak menyerupai katak.
            A mengkudu
            B mentadu
            C berudu
            D jerebu


B. Pilih kata ganti nama diri yang paling sesuai.
1. Murid-murid takut akan Guru Besar kerana _______ garang.
            A baginda
            B dia
            C beliau
            D kamu
2. Pinggan kotor di dapur itu akan ________ cuci nanti.
            A engkau
            B saya
            C beta
            D mereka
3. “Siapakah nama _________?” lelaki itu bertanya kepada Rajesh.
            A kamu
            B mereka
            C kami
            D saya
4. “_________ anak Pak Awang,” kata Wati dan Rani kepada saya.
            A Kami
            B Saya
            C Engkau
            D Kita
5. “Usahlah awak risau akan anak ______ itu,” kata Salmah kepada suaminya.
            A kita
            B mereka
            C saya
            D kamu
6. “ ________ memaafkan kesalahan kamu,” titah Sultan Pahang kepada pegawai      itu.
            A Baginda
            B Aku
            C Beta
            D Hamba



SOALAN PENULISAN




Bahagian B :
1. Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Ayah Yang Saya Kagumi” 
2. Tulis perbualan kamu dengan rakan tentang suatu pertandingan yant telah kamu sertai.
Bahagian C :
Tulis lima nilai murni dalam petikan di bawah. Panjang jawapan hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.



Soalan 1

            Cuti penggal persekolahan baru sahaja bermula. Kamil tidak bercadang untuk makan angina ke mana-mana. Sebaliknya dia banyak menghabiskan masa di rumah.
            Setiap pagi, Kamil akan menggerakkan adik-adiknya untuk mandi dan bersolat. Setelah bersarapan, dia membantu keluarganya ke kebun. Di situ, dia turut memetik sayur-sayuran bersama ibu bapnya. Setelah dipetik, dia akan membasuh sayuran itu supaya bersih.bagi dirinya, menjagai kebersiah sayuran sangat penting sebelum dijual kepada pelanggan.
            Gerainya pula menjadi pilihan pelanggan. Hal ini kerana mereka sangat mesra. Mereka murah dengan senyuman. Tutur kata dan tingkah laku mereka juga amat menyenangkan hati para pelanggannya.

Soalan 2
            Farah dan rakan-rakannya berbaris turun dari bas pelancongan itu. Ketika itu, lalu lintas agak sibuk. Jadi, farah mengawasi rakan-rakannya melintas jalan untuk ke taman rekreasi itu dengan berhati-hati.
            Kini, mereka akan berehat dan makan di situ. Hal ini kerana terdapat banyak meja dan kerusi disediakan di situ. Farah bagai biasanya, sentiasa mengajak rakannya makan bekalan yang di bawanya. Selepas makan, sisia makanan itu dibuang ke dalam tong sampah.
            Semasa berehat di taman itu, Farah sentiasa bermanis mulut dengan rakan baharu dari sekolah dan negeri lain. Sikap mesra farah amat dikagumi kenalan baharunya.


PENGAYAAN  
BAHAGIAN C
  Tuliskan nilai-nilai murni yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.
1        1.    Zurina mengemas bilik tidurnya sendiri setiap kali bangun daripada
         tidur.
         Nilai Murni  :_________________________________________________.

2        2.    Pengadil itu mengadili perlawanan bola sepak itu dengan baik
                sekali.
         Nilai Murni :___________________________________________________.

   3. Setiap kali pulang dari sekolah , adik akan menyiapkan kerja
       sekolah yang diberi   oleh gurunya.
       Nilai Murni ;___________________________________________________.

    4. Ani membantu seorang lelaki tua yang hendak melintas jalan.
        Nilai Murni :___________________________________________________.

    5. Setiap petang Surani membantu ibunya menjaja kuih.
         Nilai Murni :__________________________________________________. 

    6.    Semua murid mesti datang awal ke sekolah setiap pagi.

         Nilai Murni :__________________________________________________. 

    7.    Cikgu selalu berpesan supaya tidak menunggang basikal   

          beriringan   di jalan raya.
          Nilai Murni  : ________________________________________________. 

     8.    Ucaplah “ Selamat Pagi “ apabila berjumpa guru-guru.

          Nilai Murni :__________________________________________________. 
     
      9.    Natasha akan mengerjakan sembayang apabila sampai waktunya.
           Nilai Murni : __________________________________________________. 

     10.  Jangan membuang sampah ke dalam sungai.

           NilaiMurni: ___________________________________________________.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan