KRT 3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - PENDIDIKAN JARAK JAUH
KURIKULUM KURSUS DAN RANCANGAN INSTRUKSI


Fakulti :              Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Jabatan:              Pendidikan Awal Kanak-kanak / Pendidikan Khas
Semester:           1
Sesi:                   2012/2013      
Nama Kursus:   Teknologi Maklumat untuk Sekolah Rendah  
Kod Kursus:      KRT 3013
Jam Kredit :       3 jam
Pra-Syarat :        Tiada

SINOPSIS KURSUS:

Kursus ini merangkumi topik-topik yang dapat mengembangkan kemahiran asas komputer dalam kalangan kanak-kanak seperti menggunakan komputer, menyimpan dan mendapat kembali maklumat, berkomunikasi, mencetak dan sebagainya. Juga diberi tumpuan kepada persediaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran, pemilihan perisian yang sesuai, perkembangan kemahiran asas melalui teknologi maklumat seperti mengenal nombor, huruf, kemahiran membaca dan kemahiran matematik.

(This course covers topics that are capable to extend computer basic skills among children for example ways to use computer, store and retrieve information, communication, printing and so forth. It is also focuses on the preparation of computer for teaching and learning; choosing appropriate software, extension of basic skills through information technology such as identifying numbers, words, reading skills and mathematical skills.)

HASIL PEMBELAJARAN:

1.  Menyatakan dengan jelas kaedah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.  Menunjukkan dengan jelas kaedah penggunaan komputer dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan.
3.  Menyatakan dengan  jelas implikasi penggunaan komputer dalam pembangunan keprofesionalisma guru.
4. Menunjukkan dan mengamalkan nilai dan etika murni dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
5.  Menghasilkan pakej perisian pengajaran berbantukan komputer interaktif.
6. Mengintegrasikan dengan berkesan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)

Tarikh penilaian akhir pada  14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada  15 November 2012

Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.    Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.    Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3.    Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.    Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
·      Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
·      Gambar
·      Audio
·      Video
5.    Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
6.    Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.

Tugasan blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kriteria berikut:

KRITERIA
MARKAH
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian
15%
Senireka blog dan kerativiti
10%
Pandangan dan omen daripada pelawat blog
5%
JUMLAH
30


Tiada ulasan:

Catat Ulasan