Panitia Bahasa Melayu




SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU PASIR GOGOK
81930  BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI,
JOHOR

JAWATANKUASA PANITIA BAHASA MELAYU
TAHUN 2012


PENGERUSI
En Abd Jalil Bin Abd Kahar
(Guru Besar )

PENGERUSI
En. Tn Mohd Ridzuan Bin Tn Soh
(GPK 1)

PENYELARAS
En. Azmi Bin Abd Ghani
( Ketua Panitia Bahasa Melayu
dan Guru Bahasa Melayu Tahun 5 dan 6)


SETIAUSAHA
Pn.  Siti Nurlidza Bt. Khalid
( Guru Bahasa Melayu Tahun 2)


AHLI JAWATANKUASA

En. Halim Bin Hussain
( Guru Bahasa Melayu Tahun 3 dan 4)

Pn. Norshafiza Bt Ahmad
( Guru Bahasa Melayu Tahun 1) 




SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU PASIR GOGOK

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU 2012 BIL.   1  TAHUN   2012

Tarikh/Hari: 5 Januari 2012 / Khamis
Masa    : 1:45 petang
Tempa: Bilik Mesyuarat SK Kg. Baru Pasir Gogok

Pengerusi: En. Abd Jalil Bin Abd Kahar (Guru Besar)

Kehadiran (bilangan) :13

Nama  Yang  Hadir :                           
1. En. Tn Mohd Ridzuan Bin Tn Soh                 -           GPK 1
2. Pn. Wan Nor Aidawati Bt Wan Abdullah      -           GPK HEM
3. En. Halim Bin Hussain                                   -           GPK KOKU
4. En. Muhamad Farhan Bin Ishak
5. En. Md Razib Bin Md Rajali
6. En. Azmi Bin Abd Ghani
7. En. Mursyidi Bin Ali Akbar
8. En  Muhamad Akmal Bin Tumian
9. Pn. Normawani Bt Awang
10. Pn. Siti Suraya Bt Mokhtar
11. Pn  Siti Nurliza Bt Khalid
12. Pn. Nor Shafiza Bt Ahmad 
           
Nama Yang Tidak  Hadir :                                 
                                                           
Turut Hadir (Jika ada) :

1. Doa Pembukaan

1.1 Bacaan doa pembukaan oleh En. Mursyidi Bin Ali Akbar

Tindakan : En. Mursyidi Bin Ali Akbar

2. Ucapan Tuan Guru Besar
           
2.1 Merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat pada kali pertama ini.

2.2 Memohon kerjasama kepada semua guru-guru guru untuk bersama-sama berusaha bagi meningkatkan kecemerlangan anak-anak di sekolah ini.
  
Tindakan :  Semua guru

3. Ucapan Ketua panitia Bahasa Melayu

3.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu Yang berusaha keras   membantu kecemerlangan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya peperiksaan UPSR 2011 yang lepas yang mendapat 100% untuk kertas pemahaman serta 94% untuk kertas penulisan.Beliau berharap program Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan pelajaran Johor pada tahun
ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Tindakan : Guru Bahasa Melayu

4. Takwim Panitia Bahasa Melayu Tahun 2012

4.1 Program Panitia Bahasa Melayu Tahun 2012

4.1.1 Pengerusi mencadangkan agar Program Panitia Bahasa Melayu tahun 2011 dapat dibuat penambahbaikan untuk tahun 2012.Antara program yang dicadangkan ialah Program Motivasi, Bengkel Teknik menjawab solan Bahasa Melayu, Program Mentor Mente dan kelas tambahan pada setiap hujung minggu(Bimbingan Jaya).
  
Tindakan : Guru-guru Bahasa Melayu

4.2 Program Ceramah Motivasi dan teknik menjawab soalan

4.2.1 Pengerusi berharap guru - guru dapat bergabung dengan sekolah-sekolah kurang murid yang berhampiran untuk melaksanakan program motivasi.

4.2.2 Pengerusi berharap guru - guru dapat bergabung dengan sekolah-sekolah kurang murid yang berhampiran untuk melaksanakan teknik menjawab soalan UPSR untuk murid-murid tahun 6.        

Tindakan : Ketua Panitia Bahasa Melayu

4.3 Program Nilam

4.3.1 Guru- guru mata pelajaran Bahasa Melayu dikehendaki melaksanakan program ini untuk semua murid dan mewajibkan murid meminjam buku cerita.

4.3.2 Murid-murid perlu menyertai pertandingan Nilam yang dianjurkan untuk meggilap potensi murid yang telah dikanal pasti berbakat.

Tindakan : Guru-guru Bahasa Melayu
                                                                                                           
4.4 Penilaian Berasaskan Sekolah

4.4.1 Ketua panitia perlu memantau serta memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan baik.

4.4.2 Guru-guru perlu mengemaskini fail dengan maklumat-maklumat yang terkini dan melengkapkannya.
                                                                       
Tindakan : Guru-guru Bahasa Melayu

4.5 Program LINUS dan KSSR

4.5.1 Guru –guru yang terlibat perlu tahu program yang dijalankan serta melaksanakannya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan hasil daripada kursus yang telah dihadiri.

4.5.2 Guru – guru tahun 1 dan 2 yang mengajar Bahasa Melayu perlu masalah menyediakan fail perkembangan murid serta sentiasa mengemukakan masalah- yang dihadapi kapada pihak pentadbiran.

Tindakan : Guru-guru Bahasa Melayu

4.6 Pemantauan P&P guru dan penyeliaan buku latihan murid

4.6.1 Ketua panitia perlu membuat pematauan terhadap guru-guru lain yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sekurang – kurangnya 2 kali setahun.

4.6.2 Guru-guru perlu menanda buku latihan murid serta melengkapkan borang  penyeliaan yang telah disediakan.

Tindakan : Guru-guru Bahasa Melayu

4.7 Analisa  dan markah peperiksaan

4.7.1 Memohon kerjasama daripada semua guru supaya melengkapkan markah secara online dalam masa yang telah ditetapkan.

4.7.2 Guru-guru perlu menyediakan analisa peperiksaan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
             
Tindakan : Guru-guru Bahasa Melayu

4.8 Protim

4.8.1 Mohon kerjasama daripada semua guru Bahasa Melayu supaya secara jujur melaksanakan ujian protim mengikut instrumen yang ditetapkan.

4.8.2 Guru yang terlibat perlu membimbing dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu murid-murid yang bermasalah pembelajaran supaya dapat meningkatkan prestasi sekolah.

4.8.3 Guru yang terlibat perlu menghantar data kepada Pejabat Pelajaran Daerah dalam masa yang telah ditetapkan. 

Tindakan : Guru  Bahasa Melayu

5. Hal-hal lain
                       
5.1 Mohon kerjasama kepada semua guru-guru Bahasa  Melayu yang terlibat dengan mesyuarat, taklimat, bengkel atau kursus diminta melampirkan surat tersedbut  dalam fail yang telah disediakan.

5.2 Mohon kerjasama guru disiplin dan termasuk guru-guru yang lain sentiasa memastikan murid-murid mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan serta perlu membuat penambahbaikan jika perlu.

Tindakan : Semua guru

6. Ucapan Penanggunhan
           
6.1 Setiausaha mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru-guru dan berharap agar segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan penuh tanggungjawab.

Mesyuarat  ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Disediakan oleh :                                     Disemak oleh :


.............................................                  ................................................
(SITI NURLIZA BT KHALID)           (ABD JALIL BIN ABD KAHAR)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu,        Guru Besar,
SK Kg. Baru Pasir Gogok.                   SK Kg. Baru Pasir Gogok.



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan