Ahad, 7 Oktober 2012

LAMAN UTAMA



Latar Belakang Sekolah


Sekolah  Kebangsaan Kampung Baru Pasir Gogok terletak di dalam perkampungan nelayan dan berhampiran dengan sebuah estet yang dinamakan Estet Santi. Jaraknya lebih kurang 82 kilometer dari Bandar Kota Tinggi. Kampung Baru Pasir Gogok merupakan satu perkampungan nelayan yang kecil.  Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1952 di atas sebidang tanah oleh penduduk kampung dan dinamakan sekolah Melayu Kampung Pasir Gogok dengan seramai 10 orang murid dan 3 orang tenaga pengajar pada masa itu. Pada tahun 1983, sebuah bangunan dua tingkat telah didirikan untuk menampung kekurangan bilik kerana pada masa itu bilangan murid telah bertambah sehingga 150 orang. Bangunan ini telah menjadi lambang kemegahan penduduk kampung dan masih ada sehingga ke hari ini. Sejak diwujudkan, seramai 11 orang guru besar telah berkhidmat. Pada hari ini terdapat 14 orang guru dengan jumlah murid-murid seramai 120 orang dan 3 orang staf sokongan. Pada tahun 2011, sekolah ini telah mencatat sejarah apabila seramai 4 orang murid mendapat keputusan 5A daripada 17 orang murid yang menduduki peperiksaan UPSR. Ini merupkan catatan sejarah yang tidak mungkin dilupakan. Akhir sekali, dengan  mengekalkan status sekolah sebagai sekolah kurang murid (SKM)  dan berada di kawasan pedalaman,  pihak sekolah akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah ini pada  masa demi untuk kemajuan agama , bangsa dan Negara.



Misi Sekolah

Memaksimumkan segala sumber di sekolah dan masyarakat dengan budaya kerja cemerlang berteraskan kerja itu ibadah.



Objektif  Sekolah

Memastikan pelaksanaan KBSR berjalan dengan lancar dan licin.
Melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan kreatif.
Menyediakan murid-murid dengan mental, disiplin dan sahsiah untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.
Menanamkan semangat sayangkan kepada sekolah, agama dan Negara.